Murid : Selamat pagi, cikgu
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan- perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh! Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO!
Cikgu : Salah! Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan! Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Setan!
Cikgu : Dengar ini! Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam! Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku! Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah! Murid : Kami dengar KEADILAN betul!
Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak! Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Monday, May 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment